Gambar berkenaan difahamkan disebarkan oleh seorang pengguna Twitter sebelum tular. Namun, gambar tersebut telah pun dipadamkan tidak lama kemudian. 

Dalam gambar tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang berswafoto di dalam sebuah bilik mandi sambil memegang kemaluannya. 

Spekulasi mengaitkan Pu Rizz dengan gambar berkenaan tercetus apabila baju-T yang dipakai lelaki itu kelihatan sama dengan salah satu gambar terbaharu yang dikongsikan PU Rizz dalam Instagramnya.

Bagaimanapun usaha Kosmo! Online yang cuba menghubungi bekas peserta program Pencetus Ummah musim keempat itu gagal kerana dia tidak menjawab panggilan telefon. 

PU Rizz bahkan telah menutup ruangan komen pada kiriman terbaharunya dalam Instagram. - K! ONLINE

PU Rizz bahkan telah menutup ruangan komen pada kiriman terbaharunya dalam Instagram.
PU Rizz bahkan telah menutup ruangan komen pada kiriman terbaharunya dalam Instagram.