Menerusi gambar berkenaan. lelaki itu tidak memakai baju.

Selain foto bersama wanita yang dikenali sebagai Nimsell, sebuah rakaman Instagram Live yang memperlihatkan mereka berdua sedang berbual secara live juga turut tersebar.

Menerusi ruang komen di Instagram Aliff, rata-rata dilihat memberikan reaksi negatif terhadap isu berkenaan.

Hal ini kerana, ini merupakan kali ketiga kes curang yang membabitkan Aliff tular dalam kalangan peminat.

Pada 2017, penyanyi lagu Sayang Sayang itu diserang oleh isterinya, Bella Astillah di sebuah pusat karaoke di ibu kota apabila dia  berhibur secara berdua-duaan bersama pelakon Afifah Nasir.

Kemudian, pada Februari lalu, Aliff sekali lagi dihambat kontroversi apabila dia dikatakan keluar bersama pelakon Oktovia Manrose di sebuah kelab malam.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Bella di Instagram,

Bella atau nama sebenarnya, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada 9 September 2016.

Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden yang kini berusia dua tahun. - K! ONLINE