Perkara itu dikongsikan melalui laman Instagram rasmi, @upinipinofficial.

“Empat hari tayangan dengan 450,000 penonton dan kutipan pecah panggung RM5.3 juta.

“Terima kasih semua di atas sokongan yang diberikan. Malaysia Boleh!,” kongsi akaun Instagram tersebut.

Melalui tinjauan Kosmo! Online di carta Top 10 filem di GSC, filem terbitan Les’ Copaque Production Sdn. Bhd itu menduduki tangga pertama menewaskan filem antarabangsa, Captain Marvel yang berada di tangga kedua.

Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal memulakan tayangan di tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 21 Mac lalu. Filem tersebut bakal memasuki panggung wayang di Indonesia pada 9 Mei dan Vietnam pada bulan yang sama. - K! ONLINE