Osman menerusi laman Twitternya telah mendedahkan wajah pelaku yang dikenali sebagai Iskandar Shah yang dikatakan tidak mempedulikan amaran agar rakaman filem itu dipadam di laman Facebooknya.

“Lelaki ini bertindak menyekat pihak penerbit yang cuba memberi amaran kepadanya di laman Facebook.

“Setakat ini, rakaman itu telah dikongsi sebanyak 11 ribu kali. Tindakan tegas akan diambil andai rakaman ini tidak dipadamkan segera,”tulisnya lagi.

Filem lakonan Shaheizy Sam,Ayda Jebat dan Farid Kamil itu telah ditayangkan November lalu serta mencatat kutipan RM 3.2 juta. - K! ONLINE