Menurut Bront, biarpun Gundala bukan sebuah produksi tempatan sebaliknya filem terbitan Indonesia, pencapaian awal tersebut membuat dirinya dan seluruh produksi Gundala tidak sabar untuk berkongsi sebuah karya yang menarik ditonton bersama masyarakat dunia.

“Sebenarnya saya cukup berbesar hati kerana dijemput untuk sama-sama terlibat sebagai pelakon dalam filem adiwira pertama yang diterbitkan di Indonesia. Lebih seronok, saya berpeluang bermain dengan pelakon-pelakon hebat seberang seperti Cecep Arif Rahman, Abimana Aryasatya dan Luqman Sardi,” jelas Bront yang melakonkan watak antagonis utama bernama Pengkor dalam filem arahan Joko Anwar tersebut.

Menjadi satu-satunya filem dari Asia Tenggara yang terpilih untuk tayangan Midnite Madness pada festival yang berlangsung pada 5 hingga 15 September depan, Gundala akan diadili bersama filem-filem hebat seperti Joker karya Todd Philips, Radioactive (Marjane Satrapi) dan Knives Out lakonan Daniel Craig dan Chris Evans bagi merebut trofi People’s Choice Awards.

Gundala merupakan filem dari Indonesia arahan Joko Anwar.
Gundala merupakan filem dari Indonesia arahan Joko Anwar.

 

Selain Gundala yang memulakan tayangan umum di Indonesia bermula 29 Ogos nanti, sebelum ini Bront pernah melakonkan watak utama dalam dua buah karya Joko iaitu Pengabdi Setan dan sebuah siri HBO Asia berjudul Halfworlds.

Dalam perkembangan terbaharu, Bront kini sedang menjalani penggambaran filem seram berjudul Sumpahan Jerunei di Mukah, Sarawak. - K! ONLINE