Rekod yang sama pernah dipegang oleh filem Abang Long Fadil 2, terbitan Astro Shaw & Skop Productions yang meraih kutipan sebanyak RM19.04 juta selepas 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim serta pengarah, Mamat Khalid, meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakyat Malaysia, Brunei dan Singapura yang menyokong filem Hantu Kak Limah. - K! ONLINE