Tayangan tersebut melibatkan 33 buah pawagam di kawasan Jakarta, Depok, Tangerang, Cikarang, Bogor, Bekasi, Serang, Karawang, Bandung, Semarang, Tegal, Batu, Malang, Jember, dan Bali.

Selain itu, lokasi lain yang turut menayangkan filem terbitan edaran Feat Pictures di Indonesia ialah Kupang, Palembang, Medan, Jambi, Balik Papan, Manado, Bau Bau, Makassar, Mamuju, Mojokerto, Pekan Baru, dan Batam. 

Menurut Ketua Astro Shaw Sdn. Bhd., Najwa Abu Bakar, tahun ini merupakan kejayaan luar biasa untuk filem terbitan mereka kerana berjaya menembusi pasaran Indonesia dan juga peringkat antarabangsa. 

“Sebelum ini, filem Dukun telah menyertai New York Asian Festival di Amerika Syarikat dan kemudian ditayangkan buat penonton Indonesia yang berasa teruja untuk menonton setelah tular di media sosial.

"Selain mengharapkan sambutan positif daripada penonton Indonesia, kami juga sedang menantikan beberapa negara lain yang akan menayangkan filem ini serta beberapa festival filem antarabangsa di mana Dukun bakal dipertandingkan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Filem arahan Dain Said itu dibintangi oleh Datin Seri Umie Aida, Elyana, Faizal Hussein, Namron, Avaa Vanja dan Hasnul Rahmat. 

Filem itu juga memulakan tayangan di Malaysia pada 5 April lalu.

Dukun mengisahkan tentang Karim (Faizal Hussein) menjadi peguam bela kepada Diana Dahlan (Umie Aida) yang kemudian memecah misteri punca kematian isterinya, Sara (Avaa Vanja) dan kehilangan anak perempuan, Nadia (Elyana). - K! ONLINE