Fatin ketika ditemui pada majlis pelancaran single baharunya, Satu Jam Saja berkata, dia tidak mahu memberi komen mengenai perkara berkenaan kerana bimbang ia akan berpanjangan dan menjadi buah mulut orang.

“Saya rasa berdiam diri adalah langkah terbaik. Orang yang menyebarkan cerita buruk mengenai saya tidak patut diberi perhatian.

“Bagi saya apa yang disebarkan itu tiada kena mengena dengan diri saya. Jadi saya tidak akan sesekali melayan perkara yang akan menyakitkan hati,” katanya.

Tambah Faten, dia juga berharap agar diberi ruang dan mahu privasinya dihormati.

“Kalau saya ulas, bimbang orang akan tetap salahkan saya seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan sebelum ini.

“Saya mohon hormati privasi dan jangan bimbang saya baik-baik saja,” katanya lagi.

Pada Ogos lalu, seorang wanita dikenali sebagai Mag memuat naik paparan skrin perbualan antara Fatin dengan suaminya di Twitter.

Paparan skrin tersebut menerima pelbagai reaksi negatif terutama dalam kalangan pengguna media sosial.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Adam Shahz, pada 21 Disember 2013 dan bercerai talak satu pada 20 Mei 2017. 

Pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata, Adam Aisy Arrian dan Ivy Herra Sophia.