Pengarahnya, Shahrulezad Mohammeddin, mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kesilapan tersebut dan memohon maaf dalam laman Instagramnya.

“Saya sedar bacaan al-Quran bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh jadi selaku pengarah, saya mohon maaf atas kesilapan ini.

“Terima kasih kepada penonton Nur 2 yang sangat prihatin dan teruskan menegur kami andai ada kekurangan di episod akan datang,” tulisnya lagi.

Tambah Shahrulezad, dia juga telah mengarahkan kru produksinya untuk membetulkan babak tersebut bagi tayangan di platform digital Tonton dan iFlix.

Terdahulu, seorang peminat menerusi laman Twitter menegur gaya bacaan daripada Surah Ali Imran (ayat 96-99) yang dibaca oleh pelakon, Raja Atiq Abdullah pada awal episod pertama yang bersiaran pada malam Selasa mempunyai beberapa kesalahan besar dan jelas.

Namun begitu, di sebalik kritikan tersebut, Nur 2 yang merupakan kesinambungan drama popular, Nur bersiaran tahun lalu telah berjaya mencatat trending kedua tertinggi dalam laman Twitter. - K! ONLINE