Ujarnya, dia khuatir jika tersalah cakap kerana semuanya masih berada di peringkat permulaan.

“Saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen lanjut kerana bimbang salah cakap.

“Balqis juga enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung dengan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Bagaimanapun, Norashikin memberitahu bahawa pelakon drama bersiri Balqis itu kini berada dalam keadaan stabil. 

“Balqis semakin okey, cuma kadang-kala dia diserang demam. Mungkin disebabkan kesihatannya tidak berapa baik. Tambahan pula, dia mengalami masalah jantung dan paru-paru

“Buat masa ini, saya sedang mencuba yang terbaik untuk anak saya dan berharap dia akan kembali sihat sepenuhnya,” katanya lagi.

Semalam, menerusi laporan sebuah akhbar, Norashikin mengesahkan bahawa anaknya itu menghidap kanser.

Namun, baik Balqis mahupun ibunya, masing-masing tidak memperincikan jenis kanser dan di mana rawatan dilakukan.

Kosmo! pernah melaporkan pada Mei lalu bahawa Balqis, 11, mengalami masalah jantung selepas keadaan kesihatannya tidak menentu sejak beberapa bulan lalu. - K! ONLINE