Menerusi hashtags #lafazkankalimahcintamu, drama yang diadaptasi daripada sebuah novel itu berada di kedudukan pertama senarai trending di Malaysia pada malam Isnin lalu dengan 40,000 Tweet.

Biarpun dilanda kontroversi, peminat terus memberikan sokongan terhadap Farid. Selain Farid, drama arahan Along Kamaludin itu turut dibintangi oleh Nelydia Senrose, Azhar Sulaiman dan juga Adibah Noor.

Drama Lafazkan Kalimah Cintamu mula ditayangkan pada 15 Januari, setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123.

Farid yang juga suami kepada aktres Datin Diana Danielle mencetuskan kekecohan apabila dia ditahan kerana menampar anggota polis dan mendendang dua orang awam dalam kejadian di Balai Polis Kota Damansara, Petaling Jaya pada Khamis lalu.

Tindakan itu menyebabkan Farid ditahan reman selama empat hari. - K! ONLINE