Ketua Saluran Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata drama tersebut tiada kena mengena dengan situasi yang sedang dihadapai Farid selaku hero cerita berkenaan.

“Pihak kami yakin penonton bijak untuk menilai sesebuah naskhah yang baik tanpa membandingkan hal peribadi barisan pelakonnya.

“Latazkan Kalimah Cintamu ialah adaptasi novel terkemuka dan mempunyai peminat tersendiri. Kami yakin ia akan diterima ramai seperti drama-drama lain bagi slot Mega Drama terdahulu,”katanya lagi.

Esok (Isnin) menandakan hari terakhir Farid direman sebelum ditentukan sama ada reman akan disambung atau perbicaraan ditetapkan bagi kesalahannya yang menampar dan mencederakan anggota polis pada Khamis lalu. - K! ONLINE