Memang comel, putih macam Shima juga. Apapun, baru-baru ini, ada yang beritahu Shima bengang apabila ada komen-komen mulut jahat singgah di akaun Instagram miliknya. Semuanya gara-gara seorang netizen ini menyifatkan Shima seorang yang ‘poyo’ sebab bersuamikan lelaki kaya.

Berang dengan komen itu, Shima kemudian membalasnya dengan bertanyakan kepada individu itu apa yang menunjukkan dirinya ‘poyo’. Kata Shima, dalam Instagram itu hanya tunjuk gambar anak sahaja. Tak ada pula tunjuk harta kekayaan.

Menurut Shima, agaknya individu itu cemburu sebab pernah berkenan dengan suaminya. Aduhai. Sabar sahajalah Shima.

Apapun, Diva memang tahu suami Shima itu orang berada, tapi sangat merendah diri. Masih ingat lagi kad jemputan kahwin Shima paling unik, sebab berbentuk kad akses daripada sebuah hotel terkemuka.

Diva: Kesian Redza Rosli dituduh mencuri seluar dalam, walhal jurujual terlupa buang alat penggera pakaian yang dibeli.