Diva perasan Sam siap memakai baju Argentina dan mewarnakan rambutnya menjadi putih keperangan lagi sebagai tanda sokongan ke atas pasukan kegemarannya itu.

Ironinya, gambar-gambar dan video yang dikongsikan Sam ketika menonton perlawanan bola sepak berkenaan mengundang kecaman ramai netizen.

Diva cuba-cuba membaca komen-komen yang dilayangkan. Rupa-rupanya mereka mengecam tindakan aktor popular itu kerana mengenakan subang. Sungguh Diva tidak perasan pula Sam mengenakan subang. Tajam sungguh mata netizen. Apabila Diva amati dan cuba zoom gambar Sam barulah Diva perasan apa yang dikatakan netizen.

Memang benar Sam ada memakai subang di telinga dan hidungnya. Maka, berduyun-duyun netizen yang melayangkan komen yang tidak gemar dengan tindakan bintang filem Polis Evo itu.

Apa-apa pun Diva enggan komen mengenai tindakan Sam itu. Diva serahkan kepada yang lebih arif tentang agama seperti ustaz atau mufti untuk menilainya.

Diva tengok, Sam juga nampaknya tidak ambil kisah dengan kecaman demi kecaman yang dilayangkan netizen kerana dia terus berkongsi gambar dengan memakai subang di Instagramnya.

Cuma, Diva nak beritahu yang Diva geram betul dengan kecomelan anak Sam iaitu Mat Yip.

Diva: Dengarnya perbalahan menjadi punca yang kelab peminat Fattah Amin akhirnya bubar.