Bagi yang menegur pengacara jelita itu secara baik, Diva juga setuju kerana menyedari fesyen wanita itu ada kalanya tidak kena dengan dirinya sementelahan dia sudah bergelar hajah.

Bagaimanapun, Diva percaya, Neelofa ada sebab kenapa berpenampilan berturban dan sebagainya. Sebab apa, dia antara selebriti yang paling banyak menerima tawaran menjadi duta produk. Pada masa sama, Diva tahu Neelofa seorang artis yang bijak dan tahu segala baik dan buruk yang akan dihadapinya.

Cuma, selepas panas dengan lambakan gambar Neelofa berturban di Instagramnya, Diva jatuh cinta pula melihat penampilan Neelofa menerusi sekeping foto yang dikongsikannya di Instagram baru-baru ini.

Diva lihat sopan sahaja penampilan Neelofa menerusi tudung dan baju berwarna merah itu. Namun, apa yang lebih menarik perhatian Diva apabila Neelofa tetap kelihatan elegan menerusi penampilan sopan itu.

Nampaknya, bukan Diva sahaja yang menyukai penampilan Neelofa itu, tetapi ramai lagi termasuk Datin Seri Umie Aida. Pada masa sama, Diva perasan beberapa komen netizen yang kembali menyukainya selepas berpenampilan sebegitu.

Antara komen-komen yang dilayangkan adalah, ‘Macam ini baru sokong Neelofa balik. Kami tahu anda prihatin dengan kata-kata peminat’.

Selain itu, ramai yang menyukai Neelofa mengenakan tudung seperti itu berbanding turban.

Diva: Diva lihat semakin cantik dan seksi pelakon dan juga adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha.