Bukan apa, baru-baru ini Johan telah berkongsi sekeping gambar sedang solat di Instagramnya.

Bagaimanapun, keadaan sekeliling rumah pelawak yang didakwa netizen itu tampak tidak kemas menyebabkan mereka berpendapat ruang itu tidak sesuai untuk solat.

Tidak cukup dengan itu, sekeping poster pemain bola sepak antarabangsa, Ronaldo yang berada di hadapan pelawak itu sedang solat mengundang kritikan daripada netizen yang mana mereka mengatakan ia seperti Johan seolah-olah menyembah Ronaldo.

Malah, ada juga yang hairan mengapa sejadah yang digunakan Johan ketika solat terlalu kecil.

Macam-macam ya. Ada saja yang tidak kena di mata mereka. Apapun nasihat Diva kepada netizen, jangan terlalu berfikiran negatif.

Pesanan Diva untuk artis pula, sebelum memuat naik gambar, teliti semula gambar anda bagi mengelakkan sebarang kecaman.

Diva: Dengarnya Wawa Zainal kini sedang menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah. Selamat mengerjakan umrah ya Wawa.