Maklumlah, sempena sambutan hari lahirnya, itu, ada orang tersayang beri hadiah. Siapa lagi kalau bukan pelakon kacak Redza Rosli. Tidak pasti apa yang ada dalam bungkusan itu, tetapi Diva lebih tertarik dengan apa yang tertera di kad ucapan hadiah tersebut.

Kata Redza, semoga Ayda tidak selalu marah-marah dan garang lagi. Wah, maksudnya, selama ini Redza memang selalu dimarahi Ayda ke? Hehe. Dalam manja-manja orangnya, tak sangka Diva, Ayda garang juga orangnya ya. Hehe. Tak mengapalah, orang kata, garang-garang tapi sayang. Macam mak-mak juga lah, marah-marah tetapi sayang.

Agaknya, sebab itulah boleh timbul cerita dakwaan mengatakan Ayda suka ikut Redza ke lokasi penggambaran sebelum ini. Diva rasa barangkali Redza ini nakal kot. Memang patutlah Ayda garang dengan Redza. Hehe. Macam manalah agaknya muka Ayda yang tak pernah lekang senyum itu kalau marah. Haha. Betul ke tu Ayda? Maaf ya, Diva usik-usik sahaja.

Diva: Zizi Kirana cari bakal suami yang lancar baca al-Quran.