Kejutan yang bagaimana, kurang pasti pula Diva. Mungkin, Anuar ingin membuat pengumuman istimewa ketika konsert berkenaan, siapa tahu kan?

Lagipun, Diva terdengar cerita betapa Anuar benar-benar bersemangat untuk menghiburkan peminatnya menjelang konsert kali ini. Bukan apa, ramai memahami kekecewaan Anuar apabila pernah terpaksa membatalkan konsertnya pada saat-saat akhir yang sepatutnya berlangsung pada Januari tahun lepas gara-gara kehilangan suara.

Disebabkan itu, ada yang beritahu Diva, Anuar kini lebih bersedia kerana enggan pisang berbuah dua kali.

Kalau tak silap Diva, Anuar juga akan bertemu dengan rakan-rakan media untuk berborak secara santai mengenai konsert itu esok. Nanti Diva tanya sendiri apa kejutan yang bakal dilakukan Anuar sempena konsert itu nanti okey.

Pada masa sama, Diva juga terdengar cerita betapa tiket konsert berkenaan juga laku bagai pisang goreng panas. Harganya juga berbaloi iaitu RM1,599 (VIP), RM1,299 (Platinum), RM499 (Diamond), RM399 (Gold), RM299 (Silver), RM199 (Bronze) dan RM159 untuk tiket biasa yang boleh didapati di www.tickethotline.com.my.

Selain itu, pemilik tiket juga dikatakan berpeluang memenangi sebuah skuter dan lima buah telefon pintar iPhone 8 yang disediakan oleh pihak penganjur iaitu DTA Fashion Art Performance Sdn. Bhd. Sebarang maklumat lanjut berhubung pembelian tiket bolehlah hubungi 03-7725 1177 ataupun 012-256 0082.

Diva: Ramai terkejut apabila Awi Rafael tiba-tiba mengikat tali pertunangan dengan Atikah Suhaime baru-baru ini. Tahniah kalian berdua.