MARIA FARIDA

Malah, secara terang-terang, Man mengaku tergugat iman melihat Maria yang mengenakan busana yang mempunyai belahan di kedua-dua belah bahu putih gebunya. Katanya, mujur Maria sudah berkahwin kalau tidak mahu juga dia masuk meminang. Ketawa mengekek Diva mendengar luahan berani Man itu tadi.

Apa yang Diva tahu, Maria memakai busana berkenaan ketika majlis pelancaran produk kecantikan terbaharu miliknya iaitu MF Cosmetique. Dengar-dengarnya juga, Maria siap buat kejutan muncul pada majlis tersebut dengan mengenakan penutup muka ala wanita Arab.

Diva baca-baca juga komen pengikut Maria apabila dia turut berkongsi gambar tersebut di Instagramnya. Rata-rata memuji, namun ada juga komen-komen nakal daripada netizen.

Memang dalam majlis tersebut Maria ‘pukul’ habis semua wanita yang berada di situ waima yang muda. Tahniah Maria.

Diva: Mawar Rashid kata masih belum bersedia timang anak kerana ingin bermanja dengan suaminya, Raf Yaakob.