Sufian, 27. bagaimanapun tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai pengiktirafan berkongsi berita gembira berkenaan di laman Instagramnya hari ini.

Dalam perkongsiannya, Sufian menzahirkan ucapan penghargaan terhadap pencipta dan penulis lirik Dimatamu iaitu Sirkhan Danial dan Rinkarnaen kerana mengizinkan dirinya merakamkan lagu berkenaan.

“Alhamdulillah atas pengiktirafan ini. Terima kasih kepada sahabat Sir Khan Dan Rinkarnaen berhempas pulas mencipta lagu sedih yang cukup dekat dengan pendengar muzik Malaysia.

“Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kerana meletakkan kebahagiaan dalam bentuk berbeza dan tak disangka,” katanya di laman Instagramnya hari ini.

Dimatamu dikatakan sebagai sebuah lagu kontroversi kerana dikaitkan dengan kisah putus tunang antara Sufian dan Elfira Loy.

Sejak dilancarkan di YouTube pada Mac tahun lalu klip video Dimatamu telah mencatatkan 58 juta jumlah tontonan sehingga kini.

Lagu itu juga melayakkan Sufian membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dalam penganjuran Anugerah Juara Lagu (AJL) 33 pada Februari lalu. - K! ONLINE