Di sebalik keterujaan peminat dengan kehadiran Siwon, satu hal lain yang menarik perhatian adalah beberapa gambar aktor itu bersama pelakon Lisa Surihani yang turut menyertai program itu menjadi topik perbincangan hangat.

Kebanyakan peminat menyifatkan aktres filem Legenda Budak Setan itu sangat beruntung kerana sekali lagi dapat bertemu dengan Siwon.

Bahkan peminat memuji Lisa yang kelihatan cantik mengenakan tudung selepas pulang dari menunaikan ibadah umrah baru-baru ini sehingga ia mencatat sohor kini di laman Twitter.

Ada antara peminat yang memuji kedua-dua pelakon itu terutama Lisa yang kelihatan semakin muda selepas mengenakan tudung.

"Lisa Surihani dan Siwon dalam satu gambar. Mereka kelihatan sangat comel. Cantiknya Lisa. Lisa tidak pernah tidak cantik," tulis seorang pengguna. - K! ONLINE