Menerusi perkongsian tersebut, Betty, 36, kelihatan ceria mengenakan busana tradisional ala jawa dan Melayu.

Turut sama-sama meraikan Betty ialah dua kakaknya, Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida serta rakan artis, Nora Danish.

Betty mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Ardy Damis pada 15 Oktober lalu.

Pasangan tersebut bakal bernikah pada 4 Februari ini dan majlis resepsi pula akan diadakan pada sebelah malam hari yang sama. - K! ONLINE