Mohd. Rafi yang lebih dikenali sebagai Opie, 48, menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya Suhailiza Ahmad, 42, pada pukul 4.10 pagi tadi selepas menderita pelbagai komplikasi penyakit termasuk Hepatitis C.

Perkara itu disahkan adik bongsu arwah, Siti Marina Ibrahim, 38, yang memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Jerangau, Dungun, tengah hari ini.

"Arwah abang menghidap kencing manis sejak tiga tahun lalu namun tahap kesihatan abang selepas itu yang merupakan anak keempat dari lapan beradik kembali merosot sejak enam bulan lalu selepas disahkan menghidap penyakit hati (Hepatitis C)," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini. - Bernama