Menurut pengurusan penyanyi yang popular dengan lagu Apa Khabar KARTEL Records, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Darul Ehsan SS15, Subang Jaya dan akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam USJ22 selepas solat Asar.

“Kami berasa berat hati untuk memberitahu bahawa Ishak Nengah telah meninggal dunia pada pukul 12.35 tengah hari pada hari Isnin, 6 Ogos, 2018. Joe turut berduka dengan khabar sedih itu,” kata wakil pengurusan agensinya. 

Terdahulu, Ishak yang juga merupakan bekas pembantu siaran di Bahagian Melayu, di Perbadanan Penyiaran British (BBC), London, Britian dari tahun 1981 hingga 1985 dilaporkan menghidap penyakit Nasopharyngeal Carcinoma (NPC) atau barah hidung sejak enam tahun lalu.

Bekas pembaca berita TV3 dan pengacara rancangan di RTM1 meninggalkan seorang isteri, Aishah Ali dan tiga anak, Johan (Joe Flizzow), 38, Ashraf, 35, dan Iman, 28.

Kosmo! bagaimanapun tidak mengetahui punca sebenar kematian sebenar bekas wartawan Kumpulan The New Straits Times Press kelahiran Bota Kanan, Perak itu. - K! ONLINE