Bagaimanapun, pelakon berusia 43 tahun itu tidak menyifatkan ugutan tersebut sebagai merbahaya.

Dia sebalik faham,  peminat hanya membenci karakter Ustaz Hamadi dan bukan dirinya.

Menurut Azhan, dia sudah lali dengan kecaman netizen dan bersyukur penampilan keduanya menjayakan watak berkenaan diterima penonton.

"Gara-gara menjayakan watak yang sama dalam drama Nur 2 saya pernah menerima ugutan bunuh daripada netizen. Namun saya tidak merasakan ugutan itu sebagai merbahaya kerana ditujukan kepada karakter berkenaan.

"Apabila Ustaz Hamadi dibenci hingga pada tahap sebegitu, saya bersyukur lakonan itu berkesan dan diterima penonton," katanya ketika ditemui pada majlis kempen Ramadan Raya Rangkaian Televisyen Media Prima di sini hari ini.

Biarpun menerima pujian terhadap watak berkenaan sehingga membawa pulang Anugerah Pelakon Antagonis Pilihan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 baru-baru ini, Azhan enggan terus menjayakan watak tersebut.

"Saya tidak mahu menjayakan watak Ustaz Hamadi kerana bersimpati dengan para kru dalam drama ini. Kami tidak mahu momen dalam drama Nur hilang selepas sambungan Nur dijayakan," ujarnya.

Drama Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin kekal mencatatkan fenomena apabila trending di Twitter.

Siri pertama drama tersebut juga membolot enam anugerah pada malam DFKL yang berlangsung di Putrajaya pada 7 April lalu. - K! ONLINE