Ayu yang kembali mewarnai industri dengan drama Bukan Cinta Kristal menganggap kehamilan keempat ini sebagai rezeki Allah S.W.T.

“Alhamdulillah, rezeki Allah datang pelbagai cara. 

“Suami memang inginkan ramai anak maka Allah tunaikan,” tulisnya dalam satu status di laman Instagram.

Menurut adik kepada Rozita Che Wan itu lagi, kandungannya juga sudah mencecah usia 19 minggu atau hampir lima bulan.

Dia yang mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Muhammad Zaquan Adha pada 2011 memiliki dua lagi anak iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 5 dan Muhammad Aisy Aryann, 4.