Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Atu Zero menerusi akaun Instagram miliknya dan menyatakan bayi lelaki yang dilahirkan secara pembedahan itu dianggap sebagai hadiah istimewa sempena ulang tahun ke-32 buat isteri tercinta, Shafeeqa Johari hari ini. 

“Alhamdulillah, hadiah paling bermakna hadir dalam hidup kami sekeluarga hari ini, sekali gus melengkapkan keluarga kecil kami dengan sepasang cahaya mata.

“Buat masa ini, kami juga sudah memilih nama untuk si kecil. Insya-Allah ia akan diumumkan selepas seminggu dari tarikh kelahiran. Isteri dan bayi juga berada dalam keadaan sihat dan jika tiada apa-apa, esok akan dibenarkan keluar dari wad,” katanya.

Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 27, mendirikan rumah tangga dengan Shafeeqa yang juga pereka fesyen kelahiran Batu Pahat, Johor pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang anak Dayang Sumayyah, 3. - K! ONLINE