Antara artis dari Singapura tersebut ialah komposer dan penulis lirik terkenal, Mohd. Nor Mohd. Yusof, 80 atau dikenali sebagai cikgu Yusnor Ef dan S. Atan.

Turut hadir iaitu biduan dan biduanita, Sanisah Huri, Rahimah Rahim, Maria Bachok, Junainah M. Amin, Kamaliah Latif, Hamidah Wahab, Fauziah Zee, Asnah Hamid, Siti Fairus, Razi M., DJ Mohd. Ashik dan ramai lagi.
 
Menurut Ahli Lembaga Pengarahnya, Zainal Abidin Yang  Razalli, pihaknya menjemput artis veteran Kota Singa itu bagi memperkenalkan ABMS dengan lebih dekat kepada penduduk Singapura.

"Artis terlibat mempunyai pengaruhnya di sini, mereka mempunyai penyokong dan pengikut yang ramai di sini dan di media sosial.

"Justeru, kehadiran mereka dapat memperluaskan dan memperkenalkan ABMS dalam kalangan penduduk di sini untuk datang bagi mendapatkan produk keluaran usahawan industri kecil dan sederhana Malaysia," katanya sebentar tadi.

Zainal Abidin memberitahu, artis veteran terbabit diraikan dengan pelbagai masakan dari Malaysia dan buah-buahan dalam suasana majlis bertemakan retro.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha Kementeri Pertanian dan Industri Asas Tani, Pengarah Kanan Pasaran Antarabangsa FAMA, Datuk Nazipah Jamaluddin dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Datuk Zulkifli Adnan. - K! ONLINE