Pengerusi Penganjur Anugerah Telenovela 2018, Hasan Hamzah berkata, anugerah yang sudah memasuki tahun ketiga penganjurannya itu menerima 46 pencalonan pada tahun ini.

"Pencalonan yang diterima itu merupakan karya adaptasi novel yang dijadikan siri televisyen, telefilem dan filem serta ditayangkan pada tahun lalu.

"Kita masih mengekalkan format penjurian berdasarkan pemilihan juri serta terdapat beberapa kategori yang dibuka untuk undian peminat," katanya pada sidang akhbar anugerah tersebut di KLCC sebentar tadi.

Ujarnya, pihak penganjur turut berdepan kesukaran untuk memilih pemenang yang terbaik pada edisi penganjuran kali ini.

Anugerah Telenovela 2018 juga bakal bersiaran secara langsung menerusi portal Viral Tv Station Malaysia. - K! ONLINE