Berita itu dikongsikan Sharnaaz, 34, menerusi Instagramnya sebentar tadi dengan memberitahu proses pembedahan berjalan dengan lancar.

"Alhamdulillah syukur kepada Allah. Jebat sudah selamat keluar bilik pembedahan. Kepada semua yang mendoakan, terima kasih. Semoga Allah balas dengan beribu kebaikan dan pahala buat anda semua," tulisnya. 

Sharnaaz juga turut mengucapkan terima kasih kepada doktor yang mengetuai pembedahan anaknya itu. 

"Terima kasih buat Dr. Shariz yang mengetuai pembedahan tadi. Hebat orangnya. Jebat akan kembali sihat dengan izin Allah. Amin," tulisnya lagi. 

Jebat yang berusia sembilan bulan mengalami jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu. - K! ONLINE