Menurut Hunny, pembedahan kali ini adalah fasa pertama bagi membaiki sistem saraf di sekitar jantung anaknya yang mengalami masalah Double Inlet Left Ventricle sejak dilahirkan pasa Disember 2017.

“Saya hanya memohon semua mendoakan pembedahan Adam berjalan dengan lancar tengah hari ini.

“Semoga dengan doa-doa anda semua akan menguatkan lagi semangat Adam untuk berjuang,”katanya lagi.

Tambah pelantun lagu Thank You Very Much (TYVM) itu lagi, selepas pembedahan ini, Adam akan menjalani satu lagi pembedahan pada usia empat tahun kelak. - K! ONLINE