Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin turut menang satu lagi kategori iaitu penyanyi MeleTOP. 

Sementara itu, pelakon popular, Syafiq Kyle muncuk sebagai pemenang trofi terbanyak apabila membawa pulang tiga anugerah iaitu Fesyen MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP. 

Sementara itu, bagi kategori Top Top MeleTOP Wanita dimenangi penyanyi Siti Nordiana selain mencipta kejutan apabila menang kategori Hos MeleTOP menewaskan nama besar lain seperti Alif Satar dan Jihan Muse. 

Bagi kategori Artis Baharu MeleTOP, pelakon drama Mr. Grey, Eyra Hazali menundukkan pesaing lain seperti Sarah Suhairi dan Andi Bernadee sekali gus menang kategori tersebut. 

Kategori Couple MeleTOP dimenangi oleh pasangan selebriti sensasi, Nur Fazura dan Fattah Amin. 

Senarai penuh pemenang AME 2019:

Fesyen MeleTOP - Syafiq Kyle
Artis Baharu MeleTOP - Eyra Hazali
Couple MeleTOP - Nur Fazura & Fattah Amin
Si Cilik MeleTOP - Yusoff Al Qardawi
Program MeleTOP - Sepahtu Reunion Live Al-Puasa
Artis Lawak MeleTOP - Jep
Hos MeleTOP - Siti Nordiana
Program Radio MeleTOP - JoHaRa Pagi ERA
Penyampai Radio MeleTOP - Johan
Drama MeleTOP - Mr. Grey
Pelakon TV MeleTOP - Syafiq Kyle
Grup/Duo MeleTOP - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah
Penyanyi MeleTOP - Khai Bahar 
Lagu MeleTOP - Jatuh Bangun (Haqiem Rusly)
Filem MeleTOP - Munafik 2
Bintang MeleTOP - Syafiq Kyle 
Top Top MeleTOP Lelaki - Khai Bahar
Top Top MeleTOP Wanita - Siti Nordiana
Anugerah Khas MeleTOP - Datuk M. Daud Kilau - K! ONLINE