Aiman atau nama sebenarnya, Mohammad Aiman Yusri, 19, berkata, dia sudah penat untuk melayan segala tohmahan atau kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.

“Biarlah apa orang mahu kata. Saya sedar berada dalam industri hiburan memang tidak boleh lari daripada kritikan orang ramai.

“Bagaimanapun, saya juga mempunyai hati dan perasaan. Kalau ingin kritik saya, silakan namun jangan libatkan keluarga terutama ibu dan bapa,” kata pelantun lagu Ku Rela Dibenci itu.    

Menerusi program yang bersiaran semalam (Isnin) itu, rata-rata netizen di laman sosial mengkritik Aiman dan menyifatkan dirinya tidak layak untuk dijadikan dokumentari itu.

Dalam program tersebut, penyanyi popular itu berkongsi perjalanan hidup serta kehidupannya bersama keluarga.

“Tak semestinya Majalah 3 mengisahkan tentang sejarah sahaja. Ada juga kehidupan selebriti lain yang pernah disiarkan. Kali ini giliran saya pula berkongsi perjalanan kehidupan saya bersama ibu bapa dan matlamat dalam bidang nyanyian,” ujar Aiman lagi.