Adira atau nama sebenarnya, Siti Adira Suhaimi,27, memberitahu berita gembira itu di laman Instagramnya dengan memuat naik gambar butir kelahiran bayi lelaki tersebut.

“Alhamdulillah,” tulis Adira ringkas pada kapsyen gambar tersebut namun belum mengumumkan nama anak lelakinya itu.

Pelantun lagu Untuk Cinta itu mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Pasangan ini telah memiliki seorang anak perempuan yang diberi nama Anggrek pada 10 Mac 2017. - K! ONLINE