Menerusi gambar yang dimuat naik oleh Corrie di Instagram, bayi yang dipanggil dengan gelaran BabyLee itu selamat dilahirkan di Hospital KPJ Ampang Puteri, Ampang, Selangor.

“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih diucapkan kepada yang mendoakan kesejahteraan kami.

“Senyum selalu. Selalu bersangka baik. Insya-Allah hati tenang,” tulis Corrie pada kapsyen gambar tersebut.

Menerusi ruangan komen, ramai rakan-rakan artis menitipkan ucapan tahniah antaranya Siti Nordiana, Fad Bocey, Syamsul Yusof dan Yasin Sulaiman.

Terdahulu, Corrie pernah meluahkan rasa syukur apabila isterinya tidak perlu menjalani pembedahan untuk bersalin.

Corrie yang pernah membintangi filem KL Gangster itu berkata, dia akan berkongsi nama cahaya mata sulungnya itu selepas tujuh hari dilahirkan.

Corrie dan Fazema, 40, berkahwin pada 2008. - K! ONLINE