Arwah yang dikenali sebagai Abang Din itu dipercayai baru selesai melakukan ibadah haji dan menanti giliran untuk pulang ke tanah air tidak lama lagi.

Menerusi muat naik status pelakon Mat Moto itu di laman Instagram, dia meminta agar orang ramai mendoakan arwah abangnya itu.

“Innalillah, abang saya meninggal di Mekah pagi tadi. Marilah kita sama-sana sedekahkan Al- Fatihah dan mendoakan yang terbaik untuk roh Abang Din.

“Saya akan merindui abang,”tulisnya pada sekeping foto yang memaparkan arwah sedang berdoa ketika di Mekah. - K! ONLINE