Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan dipilih untuk menyanyikan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Muhammad Adlan Shaharir itu kerana tona suaranya yang menarik dan berbeza.

“Idea untuk membuat lagu ini tercetus daripada drama yang dilakonkan oleh Abam iaitu Tuyul Ke London tahun lalu.

“Melihat pada kesungguhan dan komitmen yang diberikan oleh Abam yang melakonkan watak Toyol, saya merasakan lagu ini layak diberikan kepadanya,” kata penerbit lagu, Shafirul Nizam Haron. 

Lagu berentak rock komedi itu kini boleh didengari di semua platform digital serta laman You Tube. - K! ONLINE