Konsert yang bermula pada pukul 9 malam itu dimulakan dengan persembahan daripada penyanyi Natasha dengan mendendangkan tiga buah lagu bertajuk Never Enough, Menghitung Hari dan Repeat.

Kemudian pentas diambil alih oleh kumpulan Sheila On 7 dengan menyanyikan untaian lagu popular mereka bertajuk Bila Kau Tak Disamping Ku, Seberapa Pantas, Dan, Itu Aku, Film Favourite, dan Sephia.

"Kami gembira diberi peluang kembali ke Malaysia dan terima kasih kepada peminat dari Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapura. Moga kalian semua berasa terhibur debgan persembahan kami," kata vokalis Sheila On 7, Duta.

Acara tersebut merupakan konsert kali kedua Sheila On 7 di lokasi sama pada 2016. - K! ONLINE