Sambutan ulang tahun ini dimeriahkan dengan deretan pameran dan aktiviti antaranya pembukaan Pameran ‘A Place Called Home’, Pameran ‘Teh Tarik With The Flag’, Pameran ‘Minta Perhatian’ selain penerbitan Majalah Informasi Seni ‘Senikini’, setem dan barangan ekslusif edisi terhad 60 tahun untuk orang ramai.

Selain itu, program karnival seni bertajuk Program Permukiman Rakyat Seni Art Bazaar 2018 akan berlangsung pada 7 hingga 9 September ini sebagai platform kepada usahawan seni memasarkan produk mereka secara terus kepada khalayak ramai.