Taman burung ini adalah sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta alam dan dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas kira-kira 8 hektar.

Terdapat burung enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakak tua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini.