Ketiga-tiga syiling khas itu diukir dengan potret Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada bahagian hadapan syiling dan di sebelah belakang diukir lambang jata negara.

BNM mengeluarkan tiga jenis wang syiling iaitu emas, perak dan emas nodik. Orang ramai boleh menempah syiling berkenaan melalui laman web rasmi BNM bermula pertengahan Ogos ini.