Bersenariokan suasana cemas tahap tinggi Rapid Rail mengadakan latihan simulasi kecemasan berskala besar melibatkan pelbagai agensi tindakan kecemasan atau 'Emergency Response Authorities' (ERA). Rapid Rail mengadakan latihan ini bertujuan bagi memastikan kakitangan mereka sentiasa bersedia dengan tindakan kecemasan masing-masing khususnya komunikasi dan kerjasama dengan agensi-agensi ERA.