Gabungan bakat dan semangat jiwa merdeka memberi inspirasi kepada Raja Zunaidi untuk melukis Jalur Gemilang pada basikal yang telah diubahsuai dari barangan terbuang sebagai medium ekspresi kecintaaan pada negara menjelang bulan Kebangsaan ini.

Bagi berkongsi kegembiraan dan membangkitkan keterujaan umum untuk mengenang kembali detik 31 Ogos 1957, Raja Zunaidi mengambil masa sehari untuk menyiapkan imej berkenaan dan akan mengayuh basikal itu mengelilingi kampung sambil membawa bendera Malaysia.