Mohd Azmi yang berniaga secara sambilan di situ berkata, Pantai Batu Hitam yang terletak kira-kira 7 kilometer dari pusat bandar Kuantan sememangnya manjadi tumpuan pengunjung terutama pada hari cuti hujung minggu dan cuti umum sebagai lokasi beriadah bersama keluarga.

Katanya, jumlah pengunjung meningkat sepanjang musim kering dan berangin ini dan majoriti pembeli yang mengunjungi gerainya membeli layang-layang untuk anak mereka bermain di tepi pantai seterusnya meningkatkan jualannya berbanding kebiasaan.