Menurut Pengarah Urusan NR Tart Enterprise Mohd Fairuz Abd Rashid, biskut itu merupakan resepi daripada ibunya sendiri dan telah menjalankan perniagaan tersebut hampir 34 tahun.

Setiap kali Ramadan kedai ini menjadi tumpuan penggunjung dan penggemar biskut dimana mereka sanggup beratur untuk mendapatkan nombor giliran seawal 12 tengah hari sebelum dapat membelinya pada 1.30 petang setiap hari kecuali hari Jumaat.

Proses pembuatan biskut itu berterusan 24 jam berikutan sambutannya sangat memberangsangkan daripada pelanggan sepanjang Ramadan.