Namun penggunaannya semakin hari semakin dilupakan dan diganti dengan nyalaan lampu berwarna-warni berkelipan.

Wujud pihak tertentu cuba untuk menghidupkan kembali kemasyuran pelita buluh ini dengan memberi sedikit sentuhan kreatif dan menjual pada harga yang berpatutan.

Kini pelita buluh moden mudah diperolehi di pasaran dengan wajah yang lebih menarik dan berwarna-warni. Ia mendapat sambutan yang baik di kalangan orang ramai sama ada di kampung ataupun bandar.