Pengundi Rantau akan menjalani proses mengundi sekali lagi melalui PRK pada esok hari selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan calon BN di kerusi DUN Rantau Datuk Seri Mohamad Hasan pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) yang lalu adalah tidak sah dan terbatal. PRK ini juga menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH Dr S Streram, Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan Malar Rajaram (Bebas).