Karim yang berpengalaman selama 30 tahun sebagai nelayan terpaksa membaiki pukatnya sendiri berikutan masalah kewangan berikutan penangkapan ikan berkurangan sejak kebelakangan ini.

Tambahnya lagi, jika pukatnya dihantar untuk dibaiki akan menelan belanja yang tinggi.

Beliau terpaksa meluangkan masa berjam-jam untuk membaiki pukatnya yang rosak. Karim berkata, kini pukat ikan mahal iaitu dalam lingkungan RM115 bagi 30.5 meter panjang berbanding sebelumnya hanya RM80.