Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dan juga terdedah kepada kenaikan air laut dijangka berlaku di perairan Pahang, Terengganu, Johor Timur, Sarawak dan Barat Sabah.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti di pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.