Seramai 21 peserta termasuk 15 pengamal media selain Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menawan puncak Gunung Syue dalam ekspedisi selama empat hari tiga malam anjuran Kelab Media Pahang pada jam 10.30 pagi semalam.

Ekspedisi tersebut diadakan sempena memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Peserta termasuk empat petugas Bernama Noor Shamsiah Mohamad, Nur Firdaus Abdul Rahim, Nurul Ain Nadhirah Basharludin, dan Mohd Faizol Ab Aziz berjaya mengharung perjalanan sejauh 10.9 kilometer yang berliku dengan cuaca hujan dan sejuk sehingga 5 darjah celcius.

Turut mengambil bahagian Pengarah Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Abdul Wahab Mat Yasin, Pengarah JBPM Pahang Nor Hisham Mohamad dan Presiden Kelab Media Pahang Datuk Nik Naizi Husin. Sebelum ini Kelab Media Paha - K! ONLINE